SEMPORNA :
YBhg. Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), merasmikan Majlis Penutupan Program Seminar ICT Sektor Awam dan Bengkel Keselamatan Siber Wilayah Tawau di Hotel Kapalai Semporna. YBhg. Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim, turut menyempurnakan penyampaian anugerah kepada pemenang "Sabah Government Website Competition (SGWC)" 2024. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Puan Ernywati Dewi Abas, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Encik Janudin Jumat KPSU BITD, Puan Rosita bin Anjuh, Pegawai Pendidikan Daerah Semporna dan Superintendent Mohd Sabri Zainol, Ketua Polis Daerah Semporna.