Penilaian
Tiga tahap penilaian akan dilakukan oleh panel juri berdasarkan kepada kriteria yang tertera dibawah. Penilaian ini harus dilakukan bagi penyingkiran laman web/dashboard yang kurang bermutu, justeru, penilaian pada saringan akhir adalah lebih efektif dan efisien.
Pra- penilaian: Tahap 1
- Keseluruhan laman web/dashboard sedang dalam pembinaan atau tidak boleh diakses.
- Sijil SSL (https) tidak digunakan (Laman Web).
- Terdapat kerosakan / pengiklanan yang tidak baik atau tidak senonoh (contoh, pop timbul iklan kasino).
Pra- penilaian: Tahap 2
- Tidak mempunyai lambang / logo.
- Tidak mempunyai nama laman web dan dashboard / kementerian / jabatan / agensi.
- Tidak mempunyai navigasi yang jelas.
- Masa pemuatan yang lambat (melebihi 20 saat).
- Banyak pautan yang rosak / tidak boleh diakses (maksimum 3).
- Banyak gambar yang tidak jelas (maksimum 5).
Penilaian Akhir: Tahap 3
NOTA : Klik disini untuk maklumat lanjut dan Pautan versi Bahasa Inggeris atau video di pautan https://youtu.be/2N_DMxYPY-8.

KAEDAH PENILAIAN UNTUK KATEGORI DASHBOARD 2026:
Tiga Anugerah Utama Kategori Dashboard
1. Anugerah VISTA (Visual Insights & State Tech Awards)
-
Fokus: Dashboard Cantik, Kemas, dan Mudah Difahami.
-
Kriteria Penilaian:
-
Rekabentuk UI/UX yang futuristik, moden, dan visualisasi data yang jelas.
-
Kemudahan navigasi dan pengalaman pengguna yang intuitif.
-
2. Anugerah DASH (Digital Analytics & Smart Hub Award)
-
Fokus: Dashboard Canggih, Automatik, dan Berintegrasi.
-
Kriteria Penilaian:
-
Integrasi data multi-sumber secara automatik (real-time integration).
-
Penggunaan teknologi canggih, analitis prediktif, dan kecekapan sistem.
-
3. Anugerah IDEA (Insightful Data & Analytics Award)
-
Fokus: Dashboard Memberi Impak Kepada Keputusan Pengurusan / Pimpinan Negeri.
-
Kriteria Penilaian:
-
Kualiti analitis data dan penyampaian insight yang berimpak tinggi.
-
Kegunaan strategik bagi menyokong pembuatan keputusan oleh pimpinan.
-
Pecahan Peratusan Kriteria Penilaian
-
30% — Inovasi & Teknologi: Kecanggihan alatan (tech stack), automasi, dan fungsi berintegrasi.
-
25% — UI/UX & Estetika: Keindahan reka bentuk, kemudahan kefahaman visual, dan struktur antaramuka.
-
25% — Fungsionaliti & Prestasi: Kelajuan pemprosesan, ketahanan sistem, dan kestabilan data.
-
20% — Impak & Penyampaian: Keberkesanan maklumat untuk keputusan strategik pimpinan.
